word 1

LADAP Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Selasa,(22.4.2014), Bengkel Frog VLE untuk Frog Champion : Rabu (23.4.2014, Dialog Prestasi SPM: Khamis (24.4.2014)& LADAP Kokurikulum : Sabtu (26.4.2014)

word 2

Aktiviti Kokurikulum: Latihan Sukan akan diadakan pada 21 & 23 April 2014. Sukantara akan berlangsung pada hari Isnin & Rabu (28&30.4.2014)

Wednesday, February 27, 2013

Pelancaran Program NILAM 2013

Majlis pelancaran telah diadakan pada hari Rabu, 27 Februari 2013 bertempat di Dewan SMART. Program yang dirasmikan pelancarannya oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMART, En. Maznoh bin Lemon turut diiringi dengan persembahan multimedia dan anotasi buku bahasa Melayu & bahasa Inggeris oleh 2 orang pelajar.
En. Maznoh bin Lemon, Pen.Kanan Pentadbiran SMART sedang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pelancaran Program NILAM SMART 2013.

Antara pelajar SMART yang menghadiri majlis pelancaran tersebut.
Para 'Dayang' sedang membawa masuk 'dulang-dulang' berserta barang-barang untuk gimik majlis pelancaran.
En. Maznoh sedang menandatangani dokumen sebagai simbolik pelancaran Program NILAM SMART 2013
Adik Siti Nor Syafiqah (3RK) sedang memberikan sedang membuat ulasan mengenai sebuah buku yang pernah dibaca olehnya.
Saudari Fatin bt Ahmed Supian sedang memberikan ulasan tentang sebuah buku berbahasa Inggeris yang pernah beliau baca kepada semua pelajar SMART.

Wednesday, February 6, 2013

Majlis Persaraan Pengetua di SMART

Majlis Persaraan Tn Haji Alimin bin Shukor, telah diadakan pada hari Rabu, 6 Februari 2013 di Dewan SMART. Pelbagai acara yang disusun oleh Kelab Staf SMART telah dijalankan untuk meraikan persaraan beliau. Antaranya adalah persembahan daripada pelajar, montaj persaraan serta penyampaian cenderahati daripada pelajar. Semua warga SMART  berasa kehilangan yang amat sangat. Kepada Tuan Haji Alimin yang kami kasihi , jangan lupakan kami warga SMART.. Berikut sedikit sorotan peristiwa tentang majlis persaraan beliau...
Ketibaan Tn Hj Alimin ke SMART di iringi ahli-ahli e-bikerz terdiri daripada 5 orang warga SMART dengan motosikal berkuasa tinggi

Diarak ke Dewan SMART

Bersama barisan Guru-guru Penolong Kanan  SMART
Ucapan Pengerusi Kelab Staf SMART, Pn. Arbaiyah bt Basiran
Amanat terakhir Tn Hj Alimin kepada warga SMART
Persembahan seloka oleh pelajar-pelajar asrama SMART


Deklamasi sajak oleh En Rusli Yusuf dan adik Shafika
En Shalihhin dan adik Faez Haslam berduet menyampaikan lagu Salam Terakhir
Menerima hadiah sumbangan Unit Beruniform
Menerima hadiah daripada wakil pelajar Tingkatan 2
Menerima hadiah daripada  staf bahagian kebersihan
Memotong kek hari lahir / ulangtahun ke 56
Acara simbolik bersama ahli e bikerz
Kenangan dirakam bersamamu

Menanam pokok sebagai kenangan abadi.
Diarak  di atas kereta mini berhias

Majlis Persaraan Pengetua SMART

Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan pengetua SMART, Tn Haji Alimin bin Shukor, telah diadakan pada hari Rabu, 6 Februari 2013 di Dewan Bunga Raya, Rumah Rehat, Teluk Intan. Majlis persaraannya diadakan dalam suasana sayu dan meriah apabila beliau diarak dengan tandu dan paluan kompang sehingga ke perkarangan dewan. Konsep Kesultanan  Melayu, itulah tema majlis yang disusun  oleh Kelab Staf SMART untuk meraikan persaraan Tn Hj Alimin bin Shukor. Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Tuan Haji Zainal Abidin bin Osman, Timbalan PPD Hilir Perak, Tuan Haji Shafie bin Abdul Karim, Pegawai-pegawai PPD Hilir Perak, Pengetua-pengetua Sekolah-sekolah Menengah Daerah Hilir Perak atau wakil, Pengerusi PIBG SMART dan Warga Pendidik SMART.

Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Haji Alimin, semoga diberkati umur, dikurniakan kesihatan, dilimpahi kesejahteraan dan sentiasa dinaungi rahmat oleh Allah s.w.t.

Tn Hj Alimin dan isteri, Pn Hjh Umu Kelthom diarak dengan tandu ke Dewan Bunga Raya oleh para hulubalang dan dayang-dayang 



Antara tetamu yang turut mengiringi ketibaan Tn Hj Alimin.

Antara Pegawai PPD Hilir Perak yang turut hadir.


Yang diraikan, Tn Hj Alimin menyampaikan ucapan beliau.

Bersama tetamu VIP, Tuan PPD Hilir Perak dan Timbalan PPD HP.

Persembahan multimedia menyingkap kisah latarbelakang keluarga dan kerjaya Tn Hj Alimin bin Shukor.

En Rusli Yusof mendeklamasikan sajak bersama adik Shafika


Tn Hj Zainal Abidin bin Osman menyampaikan watikah persaraan kepada Tn Hj Alimin .

En Ibrahim, Ketua Pembantu Tadbir SMART menyampaikan cenderamata kepada Tn Hj Alimin








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...