word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Saturday, April 27, 2013

i-TR1M untuk anak negeri Perak


Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) adalah program yang digerakkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) untuk semua murid di seluruh negara, namun setakat ini hanya pelajar di negeri Selangor dan Perak sahaja yang menerima pakej ini secara percuma dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang. Program iTR1M di Perak akan melibatkan seramai 10,000 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 200 buah sekolah dan seramai 10,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 120 buah sekolah di seluruh negeri ini. Murid yang berpeluang mengikuti program ini terdiri daripada anak keluarga kurang berkemampuan dan mempunyai pencapaian akademik yang sederhana agar program ini dapat memberikan impak kepada mereka. Alhamdulillah, seramai 40 orang murid SMART telah menerima pakej tersebut berdasarkan pemilihan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. Mereka yang bertuah terdiri 18 orang murid kelas 5 Sains, 18 orang murid kelas 5 Teknik dan 4 orang murid 5 Kemanusiaan 1. Semoga dengan pemberian inisiatif tersebut akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan SPM nanti. 

*Sukacita dimaklumkan agar semua murid yang menerima pakej i-TR1M dapat mendaftarkan diri di laman/portal i-TR1M/perak dan aktif dalam penggunaannya.

Wednesday, April 24, 2013

Majlis Perasmian Penutupan Bulan Dakwah SMART 2013

Majlis dilangsungkan di dewan SMART pada hari Rabu; 24.04.2013 bermula jam 2.45 petang. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Pn. Zabidah bt Omar; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMART yang baru, menggantikan En. Ikhwandi bin Taha yang berpindah tugas ke SMK Seri Setia. Dalam majlis tersebut, semua aktiviti berkaitan Bulan Dakwah dipaparkan kepada semua murid dan guru SMART melalui tayangan slaid. Antara aktiviti yang berjaya dijalankan ialah pertandingan puzzle AsmaUl Husna, pertandingan melukis poster dan kain rentang serta pertandingan ICT dakwah. Johan keseluruhan bagi pertandingan tersebut ialah pasukan Puteri Islam. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah bersama-sama menjayakan program tersebut dengan harapan semoga semua aktiviti yang dirancang mendatangkan kesedaran kepada setiap insan untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Ucapan terima kasih juga kepada Unit MAKDIS SMART dan Unit Kokurikulum SMART yang telah menganjurkan program seumpama ini.


Antara hasil karya murid yang dipaparkan.
Tayangan multimedia aktiviti sepanjang program bulan dakwah SMART 2013.
Ustaz Za'aimuddin Hussain, Setiausaha MAKDIS SMART membentangkan program yang telah dijalankan dan mengumumkan nama-nama pemenang pertandingan.
Pn. Zabidah bt Omar, Pen. Kanan H.E.M SMART menyampaikan ucapan  dan merasmikan majlis.

Johan pertandingan nasyid daripada pasukan pengakap SMART yang diketuai oleh Saudara Asrul Azlan.
Johan pertandingan ICT dakwah, Saudari Fatin Ahmed Supian daripada Pasukan Puteri Islam.
Saudari Nur Yatimah,johan bagi pertandingan melukis poster.

Johan keseluruhan dimenangi oleh Pasukan Puteri Islam SMART.

Tuesday, April 23, 2013

Pelancaran Program Mentor Mentee SMART

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengetua SMART, Tn. Hj. Mohamed Shafie bin Abd. Karim, PPT., pada hari Isnin, 22 April 2013 di Dewan SMART. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu ( mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan.

Wednesday, April 17, 2013

Pertandingan Nasyid 2013.

Sempena bulan dakwah satu pertandingan nasyid telah diadakan pada hari Rabu, 17.04.2013 yang dianjurkan oleh MAKDIS SMART dengan kerjasama Unit Kokurikulum SMART. Pertandingan yang disertai oleh empat pasukan dari setiap unit uniform mendapat sambutan yang menggalakkan dan semua unit uniform yang mengambil bahagian menunjukkan kesungguhan mereka untuk menjayakan pertandingan tersebut.
Persembahan dari Pasukan Pandu Puteri.
Barisan hakim pertandingan.


Pasukan Nasyid St John Ambulans.
Persembahan mantap oleh kumpulan Nasyid Pengakap SMART.

Persembahan daripada Kumpulan Nasyid Puteri Islam.

Tahniah Atas Kejayaan Anda

Dalam sesi perhimpunan mingguan rasmi pada minggu ini (15.4.2013),  telah dilangsungkan acara penyampaian hadiah bagi meraikan kejayaan pasukan SMART khususnya dalam aktiviti ko-kurikulum. Antaranya ialah kejayaan Pasukan St John Ambulans SMART menjadi JOHAN dalam pertandingan kawad kaki peringkat negeri di Ipoh, kejayaan Pasukan Boling Tenpin SMART menjadi JOHAN keseluruhan kategori perempuan peringkat Daerah Hilir Perak dan kejayaan Pasukan Pantun SMART menduduki tempat KEDUA bagi pertandingan pantun peringkat Negeri Perak 2013. Semoga semua kejayaan ini akan menjadi pendorong & perangsang kepada kejayaan-kejayaan yang seterusnya...







Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie menyampaikan ucapan kepada  semua pelajar SMART dalam perhimpunan rasmi sulung beliau pada pagi itu.


Guru pembimbing, Pn. Nurul Aina bersama barisan pemantun SMART dengan sijil dan plak yang dimenangi.

Pasukan boling SMART bersama pingat dan piala pusingan serta guru pembimbing, En. Eddie b. Jaafar.
Pasukan St John Ambulans bersama piala yang dimenangi dan guru pembimbing, Pn. Lian Har Nee.

Wednesday, April 10, 2013

Minggu Anti Dadah SMART 2013

Majlis pelancaran Minggu Anti Dadah SMART 2013 telah berlangsung pada hari Rabu, 10.4.2013 bertempat di Dewan SMART. Majlis telah dirasmikan oleh En. Maznoh Bin Lemon (Pen. Kanan Pentadbiran SMART). Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah anti dadah, pameran anti dadah dan pertandingan melukis poster dan kain rentang anti dadah. Ceramah anti dadah telah disampaikan oleh Ketua Unit Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Hilir Perak ; En. Mohd Zubir bin Muhamad Yusuff.
En. Maznoh bin Lemon, PK Pentadbiran SMART sedang berucap dan merasmikan majlis.
Gimik pelancaran Minggu Anti Dadah SMART 2013

En. Mohd Zubir (Ketua Unit Pencegahan, AADK Daerah Hilir Perak) sedang menyampaikan ceramah berkenaan  bahaya dadah.
Para guru & pelajar sedang mendengar ceramah yang disampaikan.



Ruang pameran anti dadah.


Tuesday, April 9, 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 2013

Pada hari Sabtu, 6.4.2013 yang lepas, Unit Kokurikulum telah menganjurkan satu bengkel/program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bagi semua guru SMART. Bengkel kali pertama yang diadakan bagi tahun ini ialah berkenaan pengurusan aktiviti kokurikulum. Semua peserta didedahkan dengan beberapa aktiviti yang boleh dimanfaatkan semasa guru mengendalikan aktiviti kokurikulum unit uniform bersama pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasang khemah, berkawad, membuat simpulan dan ikatan, pertolongan cemas serta memasak ala hutan.
Aktiviti kawad yang dikendalikan oleh En Eddie.

Aktiviti memasak ala hutan.

Demonstrasi pertolongan cemas oleh ahli St John Ambulan SMART.


Membina ikatan & simpulan.

Aktiviti memasang khemah.


En Ainuddin Omar, Setiausaha Kokurikulum SMART selaku penyelaras program.

Dah penat, makanlah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...