Berita baik untuk warga SMART! Satu pertandingan mencipta video merdeka yang anjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama Kementerian Pelajaran sedang berlangsung bermula pada 01 Ogos sehingga 07 September 2011. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah “ICT dan Kemerdekaan”.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 5 minit dan pada umumnya bertemakan kemerdekaan dan kemajuan ICT dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
1.Memupuk minat dan kreativiti di kalangan remaja Malaysia dalam mempromosi perpaduan
dan semangat 1Malaysia melalui ICT (cth: penciptaan video);
2.Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam
industri kandungan kreatif;
3.Mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan
kemerdekaan terhadap kemajuan Negara
dan semangat 1Malaysia melalui ICT (cth: penciptaan video);
2.Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam
industri kandungan kreatif;
3.Mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan
kemerdekaan terhadap kemajuan Negara
Durasi Penyertaan : 3-5 Minit
Tarikh Penyertaan : 1 Ogos 2011
Tarikh Tutup Penyertaan: 7 September 2011
Warga SMART yang berminat boleh berjumpa dengan Cikgu Mohd Fauzi atau Cikgu Khairul Anuar untuk pendaftaran.
Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh diperolehi di sini.