word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Tuesday, October 11, 2011

LATIHAN FIRE DRILL

Satu latihan pengusian bangunan dan demonstrasi memadam kebakaran telah diadakan di dataran kejat SMART pada hari Selasa (11.10.2011) yang lepas. Dalam latihan tersebut, pelajar di kejutkan dengan bunyi loceng yang luar biasa (tempoh panjang dari biasa) pada jam 9.30 pagi menandakan berlakunya bencana 'kebakaran' di SMART! yang memaksa semua pelajar, guru dan staf bergegas ke dataran kejat untuk mengosongkan bangunan. Kemudian guru kelas mengambil kehadiran kelas masing-masing untuk memastikan tiada pelajar yang 'lemas' atau 'terperangkap' dalam kebakaran tersebut.



Pelajar & guru bergerak ke dataran kejat.


Cepat-cepat!!!

Dalam barisan mengikut kelas..


"Bertenang.. bertenang.. jangan risau, semuanya selamat"





Selepas itu, semua warga SMART di tunjukkan cara-cara memadam kebakaran menggunakan pemadam api jenis serbuk kering. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua warga SMART telah memberi kerjasama untuk menjayakan latihan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada 3 anggota bomba & penyelamat cawangan Teluk Intan yang diketuai oleh En. Nazri, yang telah menjayakan latihan kali ini.




Pegawai bomba, En. Nazri memberi penerangan..


Cikgu Ikhwandi cuba memadamkan api guna fire-extinguisher


Antara pelajar yang cuba padam kebakaran..





Sekali sembur dah padam, memang hebat makcik kantin ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...