word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Saturday, September 1, 2012

Sambutan Merdeka ke-55 SMART

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan yang acapkali kita dengar pada setiap 31 Ogos di seluruh negara. Alhamdulillah negara kita dikurniakan dengan keamanan yang tidak ternilai harganya, menjadi kewajipan bagi kita untuk memelihara keamanan dengan sebaiknya. Pada hari Khamis, 30 Ogos 2012 telah berlangsung sambutan kemerdekaan peringkat SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan. Program yang dirasmikan oleh pengetua SMART, Tn. Hj. Alimin bin Shukor itu dimulakan dengan bacaan doa, kemudian dendangan lagu jalur gemilang sambil mengibarkan jalur gemilang dan diikuti ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Ikhwandi bin Taha. Selepas perasmian majlis disambung dengan persembahan sajak dan seloka oleh pelajar Tingkatan 4. Acara sambutan pada tahun ini agak menarik & berlainan kerana turut disertai dengan acara konvoi berbasikal oleh pelajar SMART dan beberapa kumpulan pelajar dari sekolah berdekatan dan juga dari Kelab Basikal Klasik Kg Selabak serta beberapa motosikal berkuasa besar yang seterusnya menuju ke Menara Condong Teluk Intan.








 En.Ikhwandi (P.K. HEM) menyampaikan ucapan.
 2 pelajar tingkatan 4 sedang menyampaikan sajak dan seloka.
 Pengetua SMART, Tn. Hj. Alimin bin Shukor sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis.
 Barisan pentadbir bergambar bersama guru pengiring konvoi dari SMART.
 Antara 26 ahli Kelab Basikal Klasik Kg Selabak, Teluk Intan yang turut serta dalam konvoi merdeka kali ini.
 Ketibaan konvoi dari SMK Seri Perak untuk bersama-sama dengan konvoi SMART.
 Antara superbikers yang mengambil bahagian.
 "Azizul Hasni SMART" telah bersedia untuk menyertai acara konvoi merdeka.
 Antara ahli Kelab Basikal Klasik juga dari kalangan pelajar SMART juga.
 Konvoi mula bergerak meninggalkan SMART untuk menuju ke destinasi berikutnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...