word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Friday, February 13, 2015

Kursus Kepimpinan Kokurikulum SMART 2015

Unit Kokurikulum SMART dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2015 pada hari Sabtu, (7.2.2015) yang lepas. Pelajar yang terlibat menghadiri kursus adalah seramai 136 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi bagi setiap unit beruniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan. Antara tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pemimpin persatuan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti bagi kelab/persatuan masing-masing. Semua pelajar yang mengikuti kursus ini akan dipantau perkembangan mereka sepanjang tahun. Unit kokurikulum bakal menyediakan hadiah insentif untuk kelab/persatuan/unit uniform/permainan yang paling aktif sepanjang tahun ini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...