Kempen memerangi wabak denggi diadakan di seluruh negara dengan pelbagai strategi dan kaedah pelaksanaan. Kini bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertanggungjawab untuk menangani wabak berkenaan malah warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga turut bersama-sama untuk mencegah wabak yang semakin parah di seluruh negara. Saluran pendidikan adalah medium terbaik untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
Kini warga SMART turut tampil bersama-sama masyarakat Teluk Intan khususnya untuk membasmi wabak denggi melalui Patrol Denggi SMART. Pelbagai kempen dan program diatur untuk membasmi wabak denggi berkenaan sama ada melalui media sosial atau media massa dan program-program anjuran masyarakat setempat di sekitar Daerah Hilir Perak seperti program gotong royong membersihkan kawasan.
Warga SMART & penduduk tempatan dalam program gotong royong membersihkan kawasan di sekitar Taman Indah, Jalan Manggis, Teluk Intan. |