word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Saturday, August 27, 2011

MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Program Ihya' Ramadhan SMART bagi tahun 2011 telah melabuhkan tirainya pada hari Jumaat, 26 Ogos 2011. Dalam majlis penangguhannya yang diadakan di dewan SMART, ternyata sambutan kali ini sangat bermakna apabila sumbangan yang diterima daripada baitulmal, majlis agama Islam, syarikat-syarikat, individu dan masyarakat setempat mencecah RM 16,000.00 !!!. Sumbangan tersebut telah diagihkan kepada keluarga-keluarga pelajar SMART yang miskin dan memerlukan bersempena sambutan aidilfitri yang bakal menjelang. Majlis dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh tuan pengetua SMART, En. Alimin b. Shukor, diikuti dengan majlis khatam tadarus al-quran dan majlis penyampaian hadiah & sijil kepada pemenang pertandingan kuiz Ramadhan, pelajar-pelajar cemerlang dan pelajar yang hafaz surah pilihan, dan di akhiri dengan majlis pengagihan sumbangan hari raya kepada keluarga pelajar miskin. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru Panitia Pendidikan Islam dan warga SMART yang telah menganjurkan program tersebut dengan jayanya.


Pelajar khusyuk mendengar ceramah.




Peserta Program Tadarus al quran.








Penghargaan untuk peserta program tadarus.








Hadiah untuk pemenang kuiz Ramadhan.


Sumbangan kepada pelajar dari keluarga miskin.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...