banner

word banner

Aktiviti KoKurikulum pada hari Isnin: Sukan@Permainan & hari Rabu:Kelab@Persatuan@Unit Beruniform...Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Ting. 3,4 & 5 sedang berlansung sehingga 23.5.2013

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru SMART


Dia seorang guru pengganti ayah ibu,
dia seorang guru pembentuk generasi baharu,
dia seorang guru pembina insan sepadu,
doa seorang guru pewaris tamadun ilmu,
yang terus hidup sepanjang waktu.

Begitulah bait-bait sajak yang berkumandang di Dewan SMART pada pagi tadi sempena perayaan Hari Guru yang disambut saban tahun pada tanggal 16 Mei. Sambutan yang sederhana namun agak meriah dengan didahului bacaan doa, bacaan perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Pengarah Pelajaran Malaysia, ucapan pengetua, lafaz ikrar guru, nyanyian guru Malaysia, nyanyian Tranformasi Pendidikan Negara, persembahan guru dan juga persembahan oleh pelajar-pelajar SMART.
Guru-guru diarak ke Dewan SMART oleh pasukan kompang SMART.

Pasukan Kompang SMART.
Barisan pengurusan SMART.

Ketua Pelajar, Saudari Syafika bt Mohd Shafie menyampaikan ucapan mewakili pelajar SMART.
Pn Zabidah bt Omar, menyampaikan perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Perak.
En. Maznoh bin Lemon menyampaikan perutusan daripada Pengarah Pelajaran Malaysia.
Tn. Hj. Mohamed Shafie bin Abd. Karim (Pengetua SMART) menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis.

Antara guru-guru SMART 2013


Acara memotong kek sempena Hari Guru oleh tuan pengetua.
Ikrar Guru Malaysia oleh barisan pendidik SMART.

Para guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Tranformasi Pendidikan Negara di pentas.
Persembahan nasyid oleh pelajar asrama.
Pn Nurul Aina dengan persembahan prolog untuk para guru SMART. 
Nyanyian lagu 'Idola' oleh Saudara Faiz Fakri (Ting.5)

Kad ucapan Selamat Hari Guru daripada wakil pelajar kepada guru SMART.

Pengawas sekolah menyampaikan cenderamata kepada para guru.

Bacaan tahlil dan doa selamat untuk semua guru dan juga kepada guru-guru SMART yang telah pergi selamanya.



Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di SMART khasnya dan juga kepada semua guru di seluruh dunia.... Hari ini kita menyambut Hari Guru dengan tema 'Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda'
Huraian tema ;  GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Monday, May 13, 2013

Bayaran Tambahan Persekolahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMART 2013

Berikut adalah senarai kutipan bayaran tambahan yang akan dikutip dan diakaunkan ke Akaun Persatuan Ibu Bapa-Guru tahun 2013 sepertimana yang telah dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat agung bersama pihak pengurusan sekolah dan PIBG. Bayaran boleh mula diserahkan kepada pihak sekolah melalui guru kelas masing-masing mulai hari ini. Pelajar juga digalakkan untuk membeli majalah sekolah. Bayaran untuk majalah sekolah ialah RM 12.00 sahaja.


Thursday, May 9, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMART 2013

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMART 2013 telah berlangsung pada hari Khamis, 9 Mei 2013 bermula jam 2.30 petang di Dewan SMART. Majlis telah dirasmikan oleh YB En. Mohamad Azhar bin Jamaluddin, ADUN Changkat Jong, Teluk Intan.
Tuan Pengetua SMART,Tn. Hj.Mohamed Shafie menyampaikan kata-kata aluan  pada  Hari  Anugerah Kecemerlangan Akademik SMART 2013.
Yang Berhormat En. Mohd. Azhar bin Jamaluddin (ADUN Changkat Jong) sedang menyampaikan ucapan beliau  dan seterusnya merasmikan majlis pada kali ini.
Adik Nurul Syafiqah sedang mendeklamasikan sajak.
Antara tetamu yang hadir.
Majlis penyampaian hadiah kepada murid cemerlang dalam PBS dan peperiksaan dalaman.


En. Mohd Anuar bin Mohd Isa, YDP PIBG SMART (kanan) menerima  cenderahati daripada wakil pengurusan SMART;  En. Mohd Rodzi bin Arbi , Guru Kanan Bidang Bahasa.

Tuan Pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang PMR 2012, Mohd Afdal Fitri bin Mohd Rahim.
Muhammad Hafizuddin bin Shahrul lazi menerima sijil kecemerlangan SPM 2012 dari pengetua SMART.


Persembahan nasyid oleh pelajar asrama SMART.


YB En. Mohd. Azhar bin Jamaluddin menyampaikan sijil NILAM kepada pelajar SMART,Fatin bt Ahmed Supian.




Cik Marshita bt Harun (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) menerima sijil penghargaan daripada Yang Berhormat  kerana peningkatan peratus yang tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (lompatan saujana) dalam PMR 2012.
Juga kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn. Aminah bt P.M. Mohamed
Ketua Panitia Sejarah; Pn. Asiah bt Rimon.
Ketua panitia Kemahiran Hidup; Pn. Arbaiyah bt Basiran.
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual; Pn.Rozaini bt Saidin.
Ketua Panitia Fizik; Pn. Norlida bt Hasni.

Ketua Panitia Biologi;Pn. Zurita bt Zainuddin.

Ketua Panitia Sains; Pn Mawar bt Ismail.
Ketua Panitia Prinsip Perakaunan; Pn. Chew Geok Fung.
Ketua Panitia Kemahiran Hidup 2 (ERT); Pn Yong Zuraidah bt Jamaluddin.
Tn Hj Mohamad Shafie turut menerima sijil penghargaan daripada  PPD Hilir Perak dan JPN Perak  yang disampaikan oleh YB Mohd. Azhar bin Jamaluddin kerana pencapaian Peningkatan GPS PMR 2012, Peningkatan Kuantiti PMR 2012, Pencapaian kuantiti 100% (KH 1 & 2) PMR 2012 dan Peningkatan Pencapaian PMR 3 tahun berturut-turut (2010-2012).
Tokoh Pelajar SMART 2013, saudari Fatimah Hanim bt Mat Saman , menerima anugerah daripada Yang Berhormat dan ditemani oleh bapa beliau, En.Mat Saman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...