word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Thursday, August 16, 2012

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan 2012

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan 2012 telah berjaya disempurnakan pada hari Khamis, 16 Ogos 2012. Majlis tersebut dimulakan dengan majlis khatam tadarus quran yang dipimpin oleh Ustaz Adzraei Zarawi bersama lebih 50 orang pelajar asrama SMART. Diikuti dengan ucapan ketua penyelaras program, Ustaz Za'aimuddin Hussin dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz ihya' Ramadhan. Setelah itu majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar miskin yang berupa hamper dan wang tunai. Para pelajar ditemani oleh ibu/bapa masing-masing. Alhamdulillah pada tahun ini pihak urusetia telah berjaya mengumpulkan sebanyak lebih RM 6,000 hasil sumbangan syarikat perniagaan/kedai-kedai, individu, guru-guru, staf-staf dan ibu-bapa pelajar. Majlis diakhiri dengan acara bermaaf-maafan antara pelajar, guru dan ibubapa yang hadir.

Majlis khatam tadarus quran.




Penyampaian sumbangan kepada keluarga murid miskin.
Antara ibu pelajar yang hadir menerima sumbagan.



Saudari Farah Wahida (kelas 3RK) menerima anugerah galakan kerana cemerlang dalam percubaan PMR 2012.
Tuan pengetua SMART, Tn. Hj. Alimin sedang menyampaikan tazkirah Ramadhan dan seterusnya merasmikan majlis penutup kali ini.
Acara bermaaf-maafan antara pelajar, guru dan ibu bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...