Pada setiap pagi, satu slot tazkirah khusus menyentuh bab puasa dan Ramadhan akan disampaikan secara bergilir-gilir sepanjang Ramadhan ini oleh para ustaz @ ustazah SMART. Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam tersebut mengambil masa antara 5 hingga 10 minit ketika waktu perhimpunan pagi. Pelbagai topik akan disampaikan kepada para pelajar sebagai pengisian rohani dan perkongsian ilmu yang bermanfaat agar ibadah puasa yang sedang dilalui semakin hari bertambah baik dan mencapai tahap kesempurnaan sebagai mana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya ibadah puasa yang diterima pasti bakal mendatang kesan taqwa dalam diri seseorang itu. Waullahua'lam..
Para pelajar sedang menghayati tazkirah yang disampaikan.