word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Saturday, October 2, 2010

Majlis Solat Hajat & Bacaan Surah Yaasin Sebagai Persediaan Hadapi PMR dan SPM.

Satu Majlis Solat Hajat & Bacaan Surah Yaasin untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 telah diadakan di surau SMART pada hari Jumaat (1/10/2010) sebagai persediaan bagi menghadapi Peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Selain calon-calon peperiksaan, majlis tersebut turut dihadiri oleh para ibu bapa calon dan juga guru-guru SMART. Majlis dimulai dengan solat sunat hajat, bacaan surah Yaasin, tazkirah & motivasi, ucapan P.K. Kurikulum dan sesi mohon restu. Semoga majlis ini diberkati dan segala permohonan dikabulkan agar semua calon PMR & SPM SMART pada tahun ini dapat menduduki peperiksaan dengan baik dan seterusnya melonjakkan pencapaian SMART khususnya dalam bidang akademik.

Solat sunat hajat.

Bacaan surah Yaasin diketuai oleh Ustaz Adzraei.


Kaum bapa & guru : antara yang turut serta.

Tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Za'aimuddin.


Pesanan P.K.1 SMART : En. Maznoh bin Lemon

Sesi mohon restu dikendali oleh kaunselor cemerlang
SMART En. Roshaimmi Mohammad.


Si anak memohon restu bondanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...