Pelaksanaan Guru Penyayang telah menjadi Dasar Kebangsaan mulai Februari 2012 dan dilaksanakan sepenuhnya pada Mac 2012. Guru akan menyambut kehadiran pelajar-pelajar di pintu pagar untuk memberikan perhatian serta penyayang guru kepada pelajar dan bukan untuk menahan kerana lewat hadir. Pada 1 Mac 2012 seawal 6.50 pagi tuan pengetua dan beberapa guru kanan dan ketua bidang serta beberapa rakan guru telah menyambut kehadiran pelajar-pelajar SMART di pintu pagar sekolah. Kehadiran 2 orang pegawai PPD Hilir Perak juga turut serta dalam pelaksanaan Guru Penyayang pada pagi tersebut.