word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Thursday, November 17, 2011

Bantuan Awal persekolahan Tahun 2012

Pada hari ini (Khamis) 17.11.2011, pastinya para ibu dan bapa murid/pelajar tersenyum lebar apabila anak-anak mereka yang bersekolah sama ada di sekolah rendah atau menengah menerima sumbangan berupa wang tunai RM100.00 bagi setiap murid. Sumbangan tersebut adalah salah satu daripada insentif yang diumumkan dalam pembentangan bajet di Parlimen bulan lepas bagi meringankan beban ibu bapa menghadapi persediaan untuk sesi persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan. Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan untuk pelajar SMART telah disempurnakan pada hari ini oleh En. Mohd Azhar bin Jamaluddin AMP. PPN. yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Daerah Teluk Intan yang berlangsung di Dewan Makan Asrama SMART. Para ibu , bapa atau penjaga pelajar telah hadir sejak jam 9.30 pagi lagi walaupun majlis bermula jam 11.00 pagi.



Guru kelas mula mengagihkan sumbangan kepada para ibu/bapa pelajar.




En. Mohd Azhar bin Jamaluddin AMN. PPN. sedang berucap.

Senyum lebar ayah kita..... Alhamdulillah.. rezeki.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...