word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Wednesday, September 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Asrama.

Post ini mungkin agak lewat, namun atas permintaan warga asmart ia dipaparkan untuk tatapan anda semua. Kemeriahan sempena ulang tahun menyambut kelahiran junjungan nabi Muhammad s.a.w. dapat dirasakan oleh semua warga asrama SMART apabila acara sambutannya diadakan pada hari Ahad, 12 Februari 2012 di sekitar kawasan asrama dan dataran kejat sekolah. Antara acara yang berlangsung ialah pertandingan membina sepanduk dan melukis khat serta acara perarakan pelajar asrama mengikut dorm masing-masing. Tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Tahniah kepada semua pelajar asrama yang telah berkerja keras untuk menjayakan acara sambutan pada kali ini..!
 Peserta lelaki berarak dari kawasan asrama ke dataran kejat sekolah.
 Peserta perempuan berdiri bersama sepanduk yang dihasilkan oleh kumpulan masing-masing.
 Sepanduk yang dinobatkan sebagai juara bagi kategori pelajar asrama lelaki.



Para peserta perarakan berkumpul di dataran kejat SMART.
Sepanduk yang dinobatkan sebagai juara bagi kategori pelajar asrama perempuan.

 Peserta sedang membuat tulisan khat dalam acara yang dipertandingkan.
 Sikit lagi nak siap dah.
 Terbaeekk...
Syeikh al-Ustaz Za'aimuddin b. Husain sedang menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua anak didiknya bersempena sambutan maulidurrasul kali ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...