word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Wednesday, January 16, 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013

Majlis telah berlangsung pada hari Rabu,16.01.2013 bertempat di Dewan SMART pada jam 10.00 pagi. Majlis dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi PIBG, En. Anuar bin Mohd Isa yang menyampaikan maklumat berkaitan Sarana Ibu Bapa dan diikuti dengan ceramah oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMART, En. Maznoh bin Lemon yang menyampaikan maklumat berkenaan Sarana Sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh tetamu jemputan, En. Azhar bin Jamaluddin (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan) yang juga Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan dan beliau seterusnya menyampaikan sumbangan RM100 kepada ibu bapa dan penjaga sebahagian murid-murid SMART.
En. Anuar bin Mohd Isa, YDP PIBG SMART menyampaikan ceramah berkaitan Sarana Ibu Bapa kepada ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar SMART.

En. Maznoh bin Lemon, P.K. Pentadbiran SMART menyampaikan ceramah berkaitan Sarana Sekolah.
Antara tetamu kehormat yang hadir, En. Azhar bin Jamaluddin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan (tengah) dan Tn. Hj. Amir bin Kamaruddin, Pen. PPD (Teknik & Vokasional) Hilir Perak (kanan) dan Pengerusi PIBG SMART, En.Anuar bin Mohd Isa.

En. Azhar sedang menyampaikan ucapan beliau.
En. Azhar menyampaikan sumbangan RM100 kepada ibu salah seorang pelajar SMART.

Antara ibu bapa dan penjaga pelajar yang hadir.
Kaunter pengagihan wang sumbangan yang disediakan mengikut setiap kelas.
Guru kelas 4K1, En. Eddie bin Jaafar sedang mengagihkan sumbangan kepada ibu bapa pelajar kelasnya.
En. Shamsul Bahare, guru kelas tingkatan 3C.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...