word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Thursday, March 7, 2013

UJIAN PERMATApintar UKM1 2013


Pelajar-pelajar yang berminat digalakkan untuk menyertai Ujian saringan PERMATApintar UKM1 tahun 2013 bermula pada 1 Februari 2013 hingga 30 Mei 2013.
Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
Ujian saringan UKM1 ini boleh dilaksanakan samada di sekolah, rumah dan di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai . Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
Ujian ini adalah secara percuma dengan mengakses laman web   http://ukm1.permatapintar.edu.my/
 Syarat-syarat dan peraturan.
• Pelajar mestilah berumur umur 8 hingga 15 tahun.
• Semasa mengisi maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa / penjaga, jika didapati maklumat palsu, walaupun pelajar melepasi skor kelayakan, maka   pelajar tidak layak menduduki ujian UKM2 atau USIM-1.
• Sekiranya orang lain yang menjawab soalan bagi pihak pelajar atau pelajar meniru, maka pelajar akan terperangkap semasa ujian saringan kedua UKM2 yang dilakukan dengan pengawasan.
• Sila JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB pada diri sendiri semasa mengisi maklumat dan menjawab soalan.
# Ujian ini mesti diduduki bagi murid tingkatan 1 dan 2 yang mengambil mata pelajaran Literasi Komputer di SMART.
# Sebarang pertanyaan berkaitan ujian ini boleh berhubung dengan Cikgu Mohd Fauzi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...