Majlis di atas telah pun selesai dijalankan pada pagi tadi dan mendapat sambutan yang baik daripada para ibu bapa yang hadir. Majlis di mulakan dengan Ceramah Ihya' Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Aminuddin bin Khalit yang berkisar tentang ibadah puasa dan juga peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Setelah itu diadakan pula sesi dialog bersama ibu bapa dan guru kelas tingkatan 3, 4 dan 5. Manakala bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 pula diadakan sesi dialog bersama Penolong Kanan Pentadbiran SMART, En. Maznoh bin Lemon di Dewan Makan Asrama. Antara perkara yang disampaikan ialah berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada murid-murid tingkatan 1 dan 2 pada tahun ini.
|
Ceramah Ihya' Ramadhan oleh Ustaz Aminuddin bin Khalit. |
|
Sesi dialog ibu pelajar bersama guru kelas anaknya bagi membincangkan prestasi akademik sianak. |
|
Sesi dialog P.K. Pentadbiran SMART, En.Maznoh bin Lemon bersama ibu bapa dan murid-murid tingkatan 1 dan 2. |