word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Monday, March 3, 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 17, Sesi 2014/2015 SMART

Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini menunjukkan perubahan yang sangat ketara berbanding mesyuarat yang sama yang diadakan pada tahun-tahun kebelakangan. Kehadiran ibu, bapa dan penjaga murid kali ini memang luar biasa terutamanya ibu bapa bagi pelajar-pelajar asrama. Kehadiran Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman sebagai tetamu jemputan pada kali ini menjadi pencetus kepada perubahan yang bakal di laksanakan supaya persatuan ini terus bergerak maju dan berperanan aktif untuk membantu memajukan sekolah ini. Manakala, YB Mohd Azhar bin Jamaluddin (ADUN Changkat Jong) juga turut hadir sebagai perasmi bagi mesyuarat pada kali ini.




Antara ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini.


Ucapan oleh Tn Hj Zainal Abiddin bin Osman, Ketua PPD Hilir Perak.

YB Mohd Azhar bin Jamaluddin sedang berucap merasmikan majlis.

En Asmawi, mantan Setiausaha PIBG sesi 2012/2013 menerima sijil penghargaan daripada YB Mohd Azhar.


Antara penerima hadiah cabutan bertuah di kalangan ibu bapa murid.



Barisan kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMART sesi 2014/2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...