word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Friday, April 18, 2014

Majlis Penutup Pesta Pantun Daerah Hilir Perak 2014

Tahniah..... SMART juara lagi !!!!! 

Sekalung penghargaan kepada para pemantun SMART yang terdiri daripada Nur Hidayah bt Zahari (4Sains), Nurul Izzatie bt Mohd Shafie (4Teknik), Nurul Syazwani bt Mahathir (4Sains), Siti Suhana bt Mohamad Shahar (2RK) dan Noor Solehah bt Ali (4Sains) dan juga guru pembimbing, Pn Nurul Aina bt Abu Sohot yang telah berjaya mengekalkan kejuaraan SMART dalam Pesta Pantun Peringkat Daerah Hilir Perak pada kali ini. Majlis telah berlangsung di Dewan SMART pada hari Khamis, 17.4.2014 dan dirasmikan oleh Tn Hj Zainal Abiddin bin Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak. Semoga kejayaan ini memberi perangsang untuk terus berjaya di peringkat seterusnya.

Keputusan Pesta Pantun Daerah Hilir Perak 2014 seperti berikut :
  • Johan : SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan
  • Naib Johan : SMK Convent Teluk Intan
  • Ketiga : SMK Tun Abdul Razak, Selekoh
  • Keempat : SM Sains Bagan Datoh
Tn Hj Zainal Abiddin bin Osman (Pegawai PPD Hilir Perak) diiringi oleh Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie bin Abd. Karim dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Hilir Perak, Tn Hj Azizul bin Abdul Rahman menuju ke Dewan SMART.
Persembahan Silat oleh pelajar SMARTmenyambut ketibaan tetamu jemputan.
Paluan kompang turut mengiringi ketibaan tetamu jemputan.


Barisan hakim pantun mula menjalankan tugas.

Sesi pengenalan diri barisan pemantun SMART.

Barisan pemantun SMK Convent Teluk Intan.
Para pemantun daripada SM Sains Bagan Datoh.
Kumpulan pemantun daripada SMK Tun Abdul Razak, Selekoh.
Tn Hj Zainal Abiddin bin Osman sedang berucap  merasmikan majlis.

Persembahan tarian oleh puteri-puteri ASMART.
Tempat ke-4, SM Sains Bagan Datoh (SABDA)
Tempat ke-3, SMK Tun Abdul Razak, Selekoh.
Johan, SMART.

Naib Johan, SMK Convent Teluk Intan.

Anugerah Pemantun Terbaik dimenangi oleh Nurul Syazwani bt Mahathir daripada SMART.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...