word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Wednesday, July 22, 2015

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan 1436Hijrah / 2015 Masihi

Majlis perasmian penutupan Program Ihya' Ramadhan 2015 telah disempurnakan oleh Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie bin Abd. Karim di Dewan SMART. Majlis di mulakan dengan Majlis Khatam al-Quran pelajar-pelajar SMART yang dibimbing oleh Ustaz Yusri bin Jaafar. Pada majlis tersebut juga disampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz Ramadhan dan pelbagai pertandingan lain yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Dakwah Islam Sekolah (MAKDIS) SMART. Pelajar daripada keluarga miskin dan kurang bernasib baik juga menerima sumbangan berupa wang ringgit yang diperolehi daripada kutipan bersama Warga SMART yang perihatin. 

Majlis Khatam Al Quran.



Antara para ibu pelajar yang hadir.



Ceramah Diambang Syawal yang disampaikan oleh Ustaz Za'aimuddin bin Husain.

Naib YDP PIBG SMART, En Rosli bin Sadri menyampaikan saguhati kepada peserta Khatam Al Quran.

Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan.


Antara pelajar daripada keluarga miskin yang menerima bantuan, AdikAmirah Balqis bt Zulkifli (3RK)  bersama ibunya.

Tuan pengetua berucap merasmikan majlis.

Setiap pelajar yang hadir pada hari tersebut menerima sumbangan 'duit raya'  daripada Tuan Pengetua sendiri.


Para pelajar saling bermaaf-maafan dengan para guru.

Antara para ibu bapa yang turut serta memeriahkan majlis.



Peluang dan kesempatan untuk saling bermaafan di antara rakan sejawat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...