word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Wednesday, October 16, 2013

Permohonan Secara Online Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4 Sesi 2014

sbp tingkatan 1 2013 keputusan permohonan sbp 2014 tingkatan 1 dan 4 online
Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui portal rasmi telah memaklumkan permohonan secara online (dalam talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013
Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut ataupun terus ke laman permohonan klik url http://public.moe.gov.my
Manakala untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sekolah asrama penuh klik pautan http://www.moe.gov.my/my/asrama-penuh
Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan
  • Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan
  • Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 hanya boleh memohon SBP sahaja
  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan
  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat
Syarat Umum Kemasukan SBP 2014
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan
Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum
Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa
    2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
    4. Aktif dalam kokurikulum


Read more: http://www.infoharian.com/pendidikan/permohonan-sbp-2014-tingkatan-1-dan-4-online#ixzz2hqHn0AZh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...