word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Saturday, April 27, 2013

i-TR1M untuk anak negeri Perak


Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) adalah program yang digerakkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) untuk semua murid di seluruh negara, namun setakat ini hanya pelajar di negeri Selangor dan Perak sahaja yang menerima pakej ini secara percuma dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang. Program iTR1M di Perak akan melibatkan seramai 10,000 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 200 buah sekolah dan seramai 10,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 120 buah sekolah di seluruh negeri ini. Murid yang berpeluang mengikuti program ini terdiri daripada anak keluarga kurang berkemampuan dan mempunyai pencapaian akademik yang sederhana agar program ini dapat memberikan impak kepada mereka. Alhamdulillah, seramai 40 orang murid SMART telah menerima pakej tersebut berdasarkan pemilihan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. Mereka yang bertuah terdiri 18 orang murid kelas 5 Sains, 18 orang murid kelas 5 Teknik dan 4 orang murid 5 Kemanusiaan 1. Semoga dengan pemberian inisiatif tersebut akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan SPM nanti. 

*Sukacita dimaklumkan agar semua murid yang menerima pakej i-TR1M dapat mendaftarkan diri di laman/portal i-TR1M/perak dan aktif dalam penggunaannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...