word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Sunday, April 17, 2011

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hilir Perak 2011

Pada tahun ini sekali lagi SMART telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hilir Perak. Kejohanan yang bermula pada 29 Mac 2011 dan berakhir pada 7 April 2011 itu melibatkan 3 kategori iaitu Lelaki Bawah 14, 15 & 18 Tahun. Majlis penutup yang diadakan di dewan SMART disempurnakan oleh Penolong PPD HEM Hilir Perak, Tn.Hj. Jalani bin Kasmuri. Pada kali ini pasukan takraw SMART di bawah bimbingan Ustaz Adzraei dan Cikgu Rusli telah menunjukkan peningkatan apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir bagi kategori 18 tahun. Syabas dan terima kasih kepada semua warga SMART yang telah membantu untuk menjayakan kejohanan ini terutamanya Penolong Kanan Kokurikulum, Tn. Hj. Mohd Mazlan bin Jamhuri yang bertungkus lumus sejak awal sehingga hari akhir kejohanan.



Aksi pemain SMART.



Jurulatih & Pengurus bersama pemain SMART.



Aksi perlawanan akhir antara SMK Tun Abd Razak dan SMK Hutan Melintang.


Tn.Hj Mazlan (PK Koku. SMART) menerima hadiah penghargaan daripada pengetua SMART, En Alimin bin Shukor.



Tn.Hj. Mohd Jalani b. Kasmuri (Pen.PPDHP HEM) sedang merasmikan majlis penutup Kejohanan Sepaktakraw MSSD Hilir Perak 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...