
Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan pada hari ini (Khamis) , 22 Disember 2011. Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran pada Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama. Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan selama seminggu mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian di www.moe.gov.my.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian di www.moe.gov.my.