word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Wednesday, March 21, 2012

Keputusan SPM 2011

Result SPM 2011 negara bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya. Macam biasa, seperti statistik sebelum-sebelum Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya diumumkan sebagai sekolah terbaik peringkat wilayah persekutuan bagi peperiksaan SPM 2011

Bilangan Pelajar Cemerlang Result SPM 2011 (A+)

  • Result SPM 2010 – 403 pelajar lulus cemerlang.
  • Result SPM 2011 – 506 pelajar lulus cemerlang.
Manakala berdasarkan laporan Mstar mengatakan seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh result spm 2011 iaitu gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.Kedua-dua fakta yang dilaporkan oleh (Bernama + Berita Harian) adalah benar. Cuma bezanya di sini adalah :

  1. calon sekolah KPM ialah calon yang berdaftar melalui sekolah masing-masing
  2. calon bermaksud di sini ialah calon berdaftar melalui sekolah + calon persendirian (calon swasta)

Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...