Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Perak. Pelajar dikehendaki untuk bekerja dalam kumpulan (2-5 orang) untuk menyertai pertandingan ini. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan salah satu daripada berikut:
Video
Pelajar dikehendaki untuk merakam video yang bertemakan "Sekolah Saya". Skop video perlu berkaitan dengan sekolah atau mana-mana subjek yang diambil di sekolah, contohnya: Sains, Sejarah, dan sebagainya. Durasi video harus terhad kepada tidak lebih daripada 3 minit. Ia boleh menjadi gambar bergerak atau animasi.
Web
Mewujudkan sebuah laman web untuk sekolah anda untuk menyelesaikan masalah tertentu yang kini dihadapi oleh sekolah. Laman web juga perlu menampilkan aplikasi yang berfungsi untuk memudahkan tugas-tugas tertentu. Laman web perlu diwujudkan dengan Sistem Pengurusan Kandungan Sumber Terbuka seperti Wordpress, Joomla!, dan sebagainya.
Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut: http://afterschool.my/ictduniaku/index.php
Tarikh tutup pertandingan ialah pada 31 APRIL 2012
Sekiranya berminat anda boleh berjumpa dengan guru ICT, Cikgu Mohd Fauzi.