Pertandingan Persembahan Sempena Minggu Anti Dadah 2012
Pada hari Rabu (04.04.2012) telah berlangsung Pertandingan Persembahan Sempena Minggu Anti Dadah 2012 anjuran Unit Bimbingan dan kaunseling SMART. Pertandingan berupa persembahan sama ada choral speaking, dikir barat, nasyid atau persembahan berirama yang disertai oleh 10 kumpulan daripada kelab dan persatuan itu berlangsung di dewan SMART. Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar untuk bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan seterusnya terhindar daripada melakukan kegiatan tidak bermoral yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga bangsa. Johan pertandingan dimenangi oleh Kelab Bimbingan & Kaunseling, tempat kedua oleh Kelab Muzik & Kompang dan ketiga oleh Persatuan Kemahiran Hidup. Barisan hakim pertandingan. Persembahan kumpulan Kelab Bimbingan & Kaunseling. (Johan)
Persembahan kumpulan Kelab Muzik & Kompang. (Kedua)
Persembahan kumpulan Persatuan Kemahiran Hidup.(ketiga)
Juara pertandingan di samping hadiah yang dimenangi.