word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Thursday, September 20, 2012

Jogathon Amal 2012

Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMART telah menganjurkan satu program larian Jogathon Amal 2012 yang bertujuan untuk mencari dana bagi membina tempat wudhuk di Surau SMK Abdul Rahman Talib yang dianggarkan berjumlah RM16 000 untuk memudahkan pelajar-pelajar SMART menunaikan solat terutama sekali pelajar asrama SMART. Acara yang sepatutnya diadakan pada petang hari Rabu telah ditunda ke hari Khamis, 20.7.2012 kerana faktor cuaca. Dalam acara larian tersebut, 5 peserta awal mengikut kategori menerima pingat penghargaan mengikut kategori iaitu lelaki bwh 15/ lelaki bwh 18 dan perempuan bwh 15/perempuan bwh 18.
P.K. Kokurikulum SMART, En. Santha Moorthy sedang beri taklimat berkaitan larian kepada semua pelajar.

Latihan 'warm up' sebelum memulakan larian.

Pelajar kategori Lelaki bawah 18 tahun dilepaskan.

Peserta melalui jalan Kg Selabak.

Antara peserta yang berjaya menamatkan larian.

Johan kategori lelaki bwh 15 tahun.

Johan kategori perempuan bawah 18 tahun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...