word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Saturday, October 20, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMART 2012 telah dilangsungkan pada 20.10.2012 di dewan SMART. Majlis tersebut diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2012. Majlis kali ini dirasmikan oleh En. Santha Moorthy a/l Thatha (P.K. Kokurikulum) sebelum beliau ditugaskan sebagai P.K. H.E.M. di SMK Hutan Melintang. Antara atlit SMART yang telah berjaya ke peringkat kebangsaan ialah Mohd Fathli bin Yusri yang telah memenangi pingat emas dalam acara 4 x 100m dalam Kejohanan MSSM 2012 di Perlis, beliau juga telah dinobatkan sebagai Olahragawan SMART pada tahun ini.


Ustaz Faizol membacakan doa diawal majlis.

Antara pelajar yang hadir.

En. Ikhwandi (P.K. H.E.M) menyampaikan ucapan alu-aluan.

En. Santha Moorthy (P.K. Koku) menyampaikan ucapan penghargaan dan merasmikan majlis.
(maaf gambar tak boleh nak di pusingkan)

Tokoh Puteri Islam Daerah Hilir Perak, saudari Nur Syafina Shakila bt Bada Hisham.


Saudari Nursyafiqah bt Ali, tempat ketiga acara pantun peringkat negeri Perak.

Saudara Wan Muhamad Afiq, johan acara memanah peringkat negeri Perak.


Saudara Mohd Fathli bin Yusri, olahragawan 2012.

Muhamad Haqim bin Abu Bakar, juga  olahragawan 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...