word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Wednesday, February 6, 2013

Majlis Persaraan Pengetua SMART

Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan pengetua SMART, Tn Haji Alimin bin Shukor, telah diadakan pada hari Rabu, 6 Februari 2013 di Dewan Bunga Raya, Rumah Rehat, Teluk Intan. Majlis persaraannya diadakan dalam suasana sayu dan meriah apabila beliau diarak dengan tandu dan paluan kompang sehingga ke perkarangan dewan. Konsep Kesultanan  Melayu, itulah tema majlis yang disusun  oleh Kelab Staf SMART untuk meraikan persaraan Tn Hj Alimin bin Shukor. Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Tuan Haji Zainal Abidin bin Osman, Timbalan PPD Hilir Perak, Tuan Haji Shafie bin Abdul Karim, Pegawai-pegawai PPD Hilir Perak, Pengetua-pengetua Sekolah-sekolah Menengah Daerah Hilir Perak atau wakil, Pengerusi PIBG SMART dan Warga Pendidik SMART.

Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Haji Alimin, semoga diberkati umur, dikurniakan kesihatan, dilimpahi kesejahteraan dan sentiasa dinaungi rahmat oleh Allah s.w.t.

Tn Hj Alimin dan isteri, Pn Hjh Umu Kelthom diarak dengan tandu ke Dewan Bunga Raya oleh para hulubalang dan dayang-dayang 



Antara tetamu yang turut mengiringi ketibaan Tn Hj Alimin.

Antara Pegawai PPD Hilir Perak yang turut hadir.


Yang diraikan, Tn Hj Alimin menyampaikan ucapan beliau.

Bersama tetamu VIP, Tuan PPD Hilir Perak dan Timbalan PPD HP.

Persembahan multimedia menyingkap kisah latarbelakang keluarga dan kerjaya Tn Hj Alimin bin Shukor.

En Rusli Yusof mendeklamasikan sajak bersama adik Shafika


Tn Hj Zainal Abidin bin Osman menyampaikan watikah persaraan kepada Tn Hj Alimin .

En Ibrahim, Ketua Pembantu Tadbir SMART menyampaikan cenderamata kepada Tn Hj Alimin








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...