word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Monday, May 6, 2013

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sekali lagi telah menganjurkan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 2– 5 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Tema
Tema bagi pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah "KLIK DENGAN BIJAK".
Objektif Pertandingan
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
  2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
  3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Durasi Penyertaan
: 2 - 5 minit
Tarikh Mula Penyertaan
: 29 April 2013
Tarikh Tutup Penyertaan

Untuk maklumat lanjut :

Hadiah







Layari laman web :  http://lrk.skmm.gov.my




Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama
: RM5,000 + kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah tempat kedua
: RM3,000 + kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah tempat ketiga
: RM2,000 + kamera digital, trofi dan sijil penyertaan
Hadiah saguhati
: RM500 x 7 dan sijil penyertaan
Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama
: RM10,000 berserta iPad dan trofi
Hadiah tempat kedua
: RM7,500 berserta iPhone dan trofi
Hadiah tempat ketiga
: RM5,000 berserta iPhone dan trofi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...