Dia seorang guru pengganti ayah ibu,
dia seorang guru pembentuk generasi baharu,
dia seorang guru pembina insan sepadu,
doa seorang guru pewaris tamadun ilmu,
yang terus hidup sepanjang waktu.
Begitulah bait-bait sajak yang berkumandang di Dewan SMART pada pagi tadi sempena perayaan Hari Guru yang disambut saban tahun pada tanggal 16 Mei. Sambutan yang sederhana namun agak meriah dengan didahului bacaan doa, bacaan perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Pengarah Pelajaran Malaysia, ucapan pengetua, lafaz ikrar guru, nyanyian guru Malaysia, nyanyian Tranformasi Pendidikan Negara, persembahan guru dan juga persembahan oleh pelajar-pelajar SMART.
![]() |
Guru-guru diarak ke Dewan SMART oleh pasukan kompang SMART. |
![]() |
Pasukan Kompang SMART. |
![]() |
Barisan pengurusan SMART. |
![]() |
Ketua Pelajar, Saudari Syafika bt Mohd Shafie menyampaikan ucapan mewakili pelajar SMART. |
![]() |
Pn Zabidah bt Omar, menyampaikan perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Perak. |
![]() |
En. Maznoh bin Lemon menyampaikan perutusan daripada Pengarah Pelajaran Malaysia. |
![]() |
Tn. Hj. Mohamed Shafie bin Abd. Karim (Pengetua SMART) menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis. |
![]() |
Antara guru-guru SMART 2013 |
![]() |
Acara memotong kek sempena Hari Guru oleh tuan pengetua. |
![]() |
Ikrar Guru Malaysia oleh barisan pendidik SMART. |
![]() |
Para guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Tranformasi Pendidikan Negara di pentas. |
![]() |
Persembahan nasyid oleh pelajar asrama. |
![]() |
Pn Nurul Aina dengan persembahan prolog untuk para guru SMART. |
![]() |
Nyanyian lagu 'Idola' oleh Saudara Faiz Fakri (Ting.5) |
![]() |
Kad ucapan Selamat Hari Guru daripada wakil pelajar kepada guru SMART. |
![]() |
Pengawas sekolah menyampaikan cenderamata kepada para guru. |
![]() |
Bacaan tahlil dan doa selamat untuk semua guru dan juga kepada guru-guru SMART yang telah pergi selamanya. |
![]() |