word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Friday, August 2, 2013

Majlis Iftar Jamaei 2013

Satu Majlis Berbuka Puasa pelajar asrama SMART bersama para pegawai PPD Hilir Perak dan pentadbir serta guru-guru SMART telah diadakan pada hari Khamis (1 Ogos 2013). Program yang berlangsung di dewan makan asrama itu dimulakan dengan majlis tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ustaz Za'aimuddin Husain dan diikuti dengan majlis berbuka puasa. Para hadirin seterusnya menunaikan solat maghrib dan solat isyak secara berjemaah di surau SMART sebelum menunaikan solat terawih.

Ustaz Za'aimuddin mengimami majlis tahlil.

Sedia untuk berbuka... baca doa dulu.


Menu hari ni memang special kan...kan..


Antara tetamu yang hadir meraikan pelajar asrama SMART.

Tn. Hj. Mohamed Shafie, Pengetua SMART sedang memberikan ucapan alu-aluan selepas mereka menunaikan solat maghrib.

Ucapan oleh wakil PPD Hilir Perak.

Pelajar dan guru bersama-sama menunaikan solat Isyak dan solat Terawih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...