word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Tuesday, November 5, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMART 2013

Hari Anugerah Kokurikulum merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar. Hari ini merupakan hari untuk pengiktirafan ke atas kejayaan murid dalam bidang kokurikulum. Selain mendapatkan penghargaan, ia juga menampilkan persembahan murid dalam bidang kokurikulum yang telah diceburi. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum  SMART 2013 telah dilangsungkan pada hari Rabu, 30.10.2013 bermula jam 3.00 petang di Dewan SMART. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengetua SMART, Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd. Karim, PPT.   

Antara hadiah penghargaan yang diberikan adalah termasuk Hadiah bagi aktiviti 1MURID1SUKAN, Sijil AJK dan ahli aktif bagi Kelab/Persatuan/ Permainan/Unit Uniform, Hadiah Inisiatif Khas murid yang mewakili Daerah, Negeri dan Kebangsaan,  Hadiah Kelab/Persatuan : Kelab/ Persatuan Teraktif, Papan Kenyataan Terbaik, Pengurusan Fail Terbaik dan Anugerah Khas. Kemuncak majlis ialah penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum 2013.


Antara keputusan yang diperolehi :

1) TOKOH PELAJAR
                i.        TOKOH PELAJAR LELAKI        : MOHD SHAHRUL BIN SAIDAN  (5T)

               ii.        TOKOH PELAJAR P'PUAN       : SITI NUR AINUN BT. MOHD ZAMHARI  (5SC)

2)      ANUGERAH PENCAPAIAN KELAB/ PERSATUAN TERBAIK
                i.          JOHAN              :  PERSATUAN BAHASA MELAYU
               ii.          NAIB JOHAN   :  UNIT BERUNIFORM ST. JOHN AMBULANS
              iii.          KETIGA            :  KELAB HOKI

3)      ANUGERAH PENGURUSAN FAIL KELAB/ PERSATUAN TERBAIK
                i.          JOHAN              :  PERSATUAN BAHASA INGGERIS
               ii.          NAIB JOHAN    :  KELAB PENGGUNA
              iii.          KETIGA            :  UNIT BERUNIFORM PUTERI ISLAM

4)      ANUGERAH PAPAN KENYATAAN KELAB/ PERSATUAN TERBAIK
                i.          JOHAN              :  KELAB BOLA BALING
               ii.          NAIB JOHAN    :  KELAB PENGGUNA
       iii.     KETIGA              :  PERSATUAN BAHASA MELAYU

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah....

Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie sedang berucap merasmikan majlis.












Anugerah Pengurusan Fail Terbaik : Kelab Bahasa Inggeris

Anugerah Papan Kenyataan Terbaik : Kelab Bola Baling

Anugerah Pencapaian Persatuan Terbaik : Kelab Bahasa Melayu

Sijil penghargaan untuk guru pelatih UPSI, Cik Repiahton Adawias bt Ibrahim.

Sijil penghargaan untuk guru pelatih UPSI, En. Nur Ezwan bin Mohidin.

Tokoh Pelajar Lelaki : Mohd Shahrul bin Saidan

Tokoh Pelajar Perempuan : Siti Nur Ainun bt Mohd Zamhari


Antara tetamu daripada JK PIBG yang hadir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...