word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Thursday, November 14, 2013

Program Khidmat Masyarakat Warga SMART Teluk Intan

Pada tahun ini unit kokurikulum memperkenalkan program Khidmat Masyarakat kepada semua pelajar sekolah menengah sebagai syarat graduat. Justeru satu Program Khidmat Masyarakat telah diatur dan dilaksanakan di dua lokasi sekitar SMART. Program yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 itu telah berjaya dilaksanakan di Rumah Titian Ashraful Rohaniah  ,Kg Selabak Luar yang melibatkan semua pelajar perempuan dan juga di Masjid As Saadah, Kg Selabak Dalam yang melibatkan semua pelajar lelaki.

Antara objektif program diadakan ialah untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dikalangan murid dan dapat mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati melalui aktiviti pecah bendungan yang dijalankan.

@ Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Kg Selabak Luar
Papan tanda ke lokasi program khidmat masyarakat.

Teratak Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Kg Selabak Luar, Teluk Intan.

Para pelajar bersama warga Rumah Titian Ashraful Rohaniah.



Dapat keje cuci pakaian.

Dapat keje jemur bantal pun jadile...

Bersama warga cilik RTAR.

Banyak lagi nak kena basuh ni...

PK Kokurikulum SMART, Pn Kamariah bersama PK HEM SMK Raja Muda Musa, Tn Hj Jalani Kasmuri yang turut hadir untuk program yang sama bersama warga SEMAJA.

Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie menyampaikan sumbangan bagi pihak warga SMART kepada Pengurus Rumah Titian Ashraful Rohaniah (RTAR), Pn Rohana.

Antara barisan pentadbir SMART & SEMAJA dan RTAR.

Antara barang-barang keperluan harian yang disumbangkan kepada pusat tersebut.
@ Masjid As Saadah Kg Selabak Dalam


Masjid As Saadah , Kg Selabak Dalam, Teluk Intan; lokasi Program Khidmat Masyarakat












Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie menyampaikan sedikit sumbangan kepada salah seorang AJK masjid.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...