word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Thursday, January 16, 2014

Perarakan Sempena Maulidur Rasul SAW

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Hilir Perak 2014 telah diadakan di Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Hilir Perak dan Majlis Belia Daerah Hilir Perak. Bersempena majlis tersebut diadakan juga majlis perarakan yang disertai oleh pelbagai badan kerajaan dan swasta termasuk pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi di sekitar Daerah Hilir Perak. Dalam perarakan tersebut SMART telah diwakili oleh pelajar-pelajar asrama lelaki. Alhamdulillah.. mereka telah berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Kontijen Perarakan Terbaik kategori Agensi Kerajaan/Swasta dan sebagai Naib Johan bagi Pertandingan Sepanduk Tercantik kategori Sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua warga asrama yang telah mengharumkan nama SMART, juga kepada  Ust Za'aimuddin, Ust Yusri dan juga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut.
Kontijen-kontijen  perarakan berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan sebelum bergerak ke Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Daerah Teluk Intan).
Perarakan Kontijen SMK Abdul Rahman Talib yang mewakili Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak yang merangkul Johan bagi Kontijen Perarakan Terbaik kategori Agensi Kerajaan/Swasta.
Kontijen SMART yang segak bergaya dengan sepanduk kreatif hasil sentuhan pelajar putera Asrama SMART yang menjadi Naib Johan bagi Pertandingan Sepanduk Tercantik kategori Sekolah.

Antara kontijen yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.


Ustaz Muhammad Hafiz bin Muhamad Haneefa (Pencetus Ummah) sedang memberikan ceramah dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan di Masjid Daerah Teluk Intan.
Ustaz Za'aimuddin bin Husain yang mewakili SMART, menerima Sijil dan Hamper bagi Johan Pertandingan Kontijen Perarakan Terbaik.
Saudara Mohammad Azam menerima plak Sijil dan Hamper bagi Naib Johan Pertandingan Sepanduk Tercantik.

Yaa kami boleh!!!!  SMART boleh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...