word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Thursday, December 11, 2014

Tahniah Kepada Pasukan Pantun SMART

Pada 10.12.2014 (hari Rabu) telah berlangsung Pesta Pantun sempena Fiesta D' Anson 2014. Program yang akan diadakan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan itu adalah satu inisiatif Gerakan Belia 4B bagi menterjemahkan falsafah perpaduan dan integrasi rakyat dalam bentuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sebagai teras kepada program tersebut. Apa yang menjadi kebanggaan ialah penglibatan pasukan pemantun SMART dalam pertandingan tersebut. Mereka telah berjaya menewaskan beberapa pasukan pemantun yang tidak kurang hebatnya sehinggalah dinobatkan sebagai juara. Tahniah kepada mereka yang terlibat iaitu barisan pemantun yang terdiri daripada ; Nur Hidayah bt Zahari (4 Sains), Nurul Izzatie bt Mohd Shafie (4T), dan Siti Suhana bt Sahar (2RK), serta guru pembimbing Pn Nurul Aina bt Abu Sohot yang telah berjaya mengharumkan nama SMART di peringkat Negeri Perak, juga kepada pentadbir dan guru-guru SMART yang telah memberikan sokongan mereka sejak awal lagi walaupun semasa cuti sekolah. SMART boleh!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...