word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Thursday, April 16, 2015

Pertandingan Pantun Daerah Hilir Perak 2015

SMART juara lagi!!!!...   begitulah keputusannya pada Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Hilir Perak pada tahun ini yang diadakan di SMK Seri Setia, Teluk Intan. Pada pertembungan peringkat akhir, pasukan SMART berhadapan dengan pasukan daripada SMK Tun Abdul Razak, Selekoh. Pertandingan yang begitu sengit antara kedua-dua pasukan memang dijangka kerana masing-masing sama hebat. Namun berdasarkan pengalaman yang ditimba dan juga latihan keras yang dilalui akhirnya membuahkan hasil. Tahniah kepada para pemantun SMART dan juga guru pengiring selaku jurulatih iaitu Pn Nurul Aina bt Abu Sohot yang telah membimbing pasukan ini sejak hujung tahun lalu. Tahniah juga kepada Saudari Nur Hidayah bt Zahari (5 Sains) yang dinobatkan sebagai pemantun terbaik. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tn Hj Zainal Abiddin bin Osman, Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak.
Pemantun SMART sudah bersiap sedia sebelum pertandingan dimulakan.

Bersama guru-guru SMART yang turut hadir memberikan sokongan.
Nor Hidayah bt Zahari, (pemantun terbaik) menerima hadiah daripada Tn Hj Zainal Abiddin bin Osman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...