word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Monday, January 20, 2014

Hadiah Kejohanan Merentas Desa SMART 2014

Tahniah diucapkan kepada Rumah Sukan Perdana yang dinobatkan sebagai JOHAN bagi Kejohanan Merentas Desa SMK Abdul Rahman Talib pada tahun ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan pada pagi tadi semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan di Dewan SMART.
Pn Nazarul Aini bt Mohd Nayan (PK Kokurikulum SMART) mengalungkan pingat kepada pemenang Kejohanan Merentas Desa perempuan kategori bawah 15 tahun, adik Siti Suhaida.






Tn Hj Shafie b. Abd. Karim (Pengetua SMART) mengalungkan pingat kepada saudara Amiruddin b. Shafie, johan kategori lelaki bawah 16 tahun.
Cikgu Shamsul Bahare (Ketua Guru Rumah Sukan Perdana) sedang menjulang Piala Pusingan bagi acara Merentas Desa yang dirangkul oleh rumah sukan Perdana.... Tahniah!

Kedudukan pungutan mata oleh setiap rumah sukan bagi acara Merentas Desa.




Thursday, January 16, 2014

Merentas Desa SMART 2014

Alhamdulillah.. Acara sukan 2014 yang bermula dengan kejohanan Merentas Desa pada tahun ini berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang redup (tak panas) seperti semasa latihan. Semua peserta rumah sukan Perdana, Saga, Satria dan Wira telah menunjukkan 'taring' masing-masing melalui acara pembukaan ini.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya. Keputusan rasmi akan dimaklumkan dalam perhimpunan rasmi minggu hadapan insyaallah.

Peserta lelaki mula dilepaskan oleh PK Kokurikum SMART yang baru,Pn Nazatul.


Peserta larian melalui jalan ke Kg Selabak, trek baru yang lebih selesa dan terjamin keselamatannya.


Dah dapat tiket boleh beli eskrim..
Antara pegawai keselamatan yang turut membantu melancarkan perjalanan kejohanan.

Johan Kategori Perempuan (Bwh 13) daripada rumah sukan Satria.


Naib Johan Kategori Perempuan (Bwh 13) daripada rumah sukan Perdana.
Peserta pertama  kategori perempuan bawah 17 thn sampai ke garisan penamat.



Pendaftaran peserta digarisan penamat untuk menentukan pungutan mata bagi setiap rumah sukan.

Perarakan Sempena Maulidur Rasul SAW

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Hilir Perak 2014 telah diadakan di Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Hilir Perak dan Majlis Belia Daerah Hilir Perak. Bersempena majlis tersebut diadakan juga majlis perarakan yang disertai oleh pelbagai badan kerajaan dan swasta termasuk pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi di sekitar Daerah Hilir Perak. Dalam perarakan tersebut SMART telah diwakili oleh pelajar-pelajar asrama lelaki. Alhamdulillah.. mereka telah berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Kontijen Perarakan Terbaik kategori Agensi Kerajaan/Swasta dan sebagai Naib Johan bagi Pertandingan Sepanduk Tercantik kategori Sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua warga asrama yang telah mengharumkan nama SMART, juga kepada  Ust Za'aimuddin, Ust Yusri dan juga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut.
Kontijen-kontijen  perarakan berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan sebelum bergerak ke Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Daerah Teluk Intan).
Perarakan Kontijen SMK Abdul Rahman Talib yang mewakili Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak yang merangkul Johan bagi Kontijen Perarakan Terbaik kategori Agensi Kerajaan/Swasta.
Kontijen SMART yang segak bergaya dengan sepanduk kreatif hasil sentuhan pelajar putera Asrama SMART yang menjadi Naib Johan bagi Pertandingan Sepanduk Tercantik kategori Sekolah.

Antara kontijen yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.


Ustaz Muhammad Hafiz bin Muhamad Haneefa (Pencetus Ummah) sedang memberikan ceramah dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan di Masjid Daerah Teluk Intan.
Ustaz Za'aimuddin bin Husain yang mewakili SMART, menerima Sijil dan Hamper bagi Johan Pertandingan Kontijen Perarakan Terbaik.
Saudara Mohammad Azam menerima plak Sijil dan Hamper bagi Naib Johan Pertandingan Sepanduk Tercantik.

Yaa kami boleh!!!!  SMART boleh!!!

Monday, December 23, 2013

Kedudukan Kelas Tingkatan 2 (2014)

Senarai berikut termasuk pelajar yang telah mohon untuk bertukar. Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

SENARAI MURID TINGKATAN 2





Thursday, December 19, 2013

Keputusan PMR 2013

Keputusan rasmi PMR 2013 telah diumumkan pada hari ini, Khamis, 19Disember 2013. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada para guru dan ibu bapa yang telah bertungkus lumus untuk memastikan anak didik mereka berjaya, tanpa pengorbanan mereka semua sukar untuk kita perolehi apa yang telah kita capai sekarang... Ya terima kasih cikgu!!!
Antara pelajar & ibu bapa yang hadir semasa pengumuman keputusan PMR 2013 di dewan SMART.
Pengetua SMART, Tn Hj Mohamed Shafie bin Abd. Karim sedang berucap sebelum mengumumkan keputusan PMR 2013.
Tahniah kepada saudari Nurul Sazwani Nadia yang mendapat 8A dalam PMR, beliau diiringi oleh bonda tersayang.









Monday, December 16, 2013

KOPERASI SMART


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...