word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Tuesday, October 19, 2010

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMART 2010

Majlis Hari Anugerah Kokurikulum telah dilangsungkan pada 13 Oktober 2010 yang lalu. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMART, En. Mohd Hashim b. Ahmad. Antara acara yang dijalankan adalah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi semua kategori pertandingan sempena karnival kokurikulum yang lepas dan penerima anugerah di kalangan pelajar yang mengharukan nama sekolah, khususnya yang mewakili SMART di peringkat negeri dan kebangsaan. Pada tahun ini penerima anugerah pelajar cemerlang Kokurikulum ialah Saudari Jumaatul Nor Hajjah bt. Mazli, beliau mewakili negeri Perak untuk permainan bola baling peringkat kebangsaan. Unit uniform cemerlang pada tahun ini dinobatkan kepada pasukan St. John Ambulans, manakala Kelab Permainan cemerlang dianugerahkan kepada Kelab Bola Baling. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMART yang telah mengharumkan nama SMART khususnya dalam bidang Kokurikulum.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...