word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Tuesday, October 26, 2010

KEJOHANAN PIALA PENGETUA 2010

Pada tahun ini SMART sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Piala Pengetua. Acara sukan antara sekolah-sekolah yang diadakan saban tahun dan diwakili oleh barisan pendidik dan staf sokongan. Seperti tahun lepas, penyertaan tahun ini melibatkan perlawanan 3 penjuru iaitu SMK Abd. Rahman Talib (SMART), SMK St. Anthony dan SMK Horley Methodist Teluk Intan. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola baling, bola tampar, badminton, ping pong, dart dan congkak. Pada tahun ini SMART telah berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan. Dalam kejohanan seumpama ini bukanlah kemenangan menjadi keutamaan, tetapi lebih kepada semangat berpasukan dan agar dapat menambaherat silaturrahim antara golongan pendidik khususnya di sekitar Teluk Intan.

Ketibaan kontijen SMK St Anthony diiringi pasukan brass band 'Anthonian'.


Atlit-atlit wanita SMART

Bola Baling: Acara pertama menyumbang emas kepada SMART.

Cikgu Hashim (Pengetua SMART) memulakan balingan.

Dart: Terpaksa berputih mata, hanya berpuashati tempat ketiga.


Pn Normah (PK HEM), wakil pentadbir mencuba nasib.

Cikgu Azmi; sasaran tidak mengena.

Badminton: En. Maznoh (PK 1) & En Firdaus, wakil pentadbir SMART.

Ust. Zaim & En Ibrahim: Memberi saingan hingga ketitisan peluh terakhir.

Cikgu Umi & Cikgu Jun: Menggalas cabaran beregu wanita SMART.

TH Mazlan & TN Khuzaimi: Tak bagi peluang pada Anthonian.

Congkak: Acara tradisional yang masih dikekalkan untuk atlit wanita sahaja.


Bola Tampar: Penyumbang emas kedua SMART.


Ping Pong: Dapat pingat Perak ok le tu..

Cikgu Yu & Cikgu Lian: Penyertaan kali pertama.

TH Elias & Cikgu Norizal: Beregu utama SMART, johan beregu.

SMK St Anthony: Juara keseluruhan.

SMART: Tempat kedua (tahun lepas ke 3, kira ok le jugak)

Pemain menerima pingat, ehh.. plak je..

Antara barisan atli-atlit SMART yang berjaya menggondol pingat dan hadiah.

Gambar kenangan 3 penjuru selepas acara penutup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...