word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Wednesday, June 29, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA.


Acara Larian 1M 1S 1Malaysia akan dijalankan serentak di seluruh negara pada hari Sabtu, 2 Julai 2011. Larian tersebut akan disertai oleh murid-murid, guru-guru dan ibu bapa atau penjaga murid, yang akan dikendalikan di semua sekolah di Malaysia.

Sehubungan dengan itu juga Jabatan Pelajaran Perak memutuskan bahawa hari tersebut merupakan hari persekolahan dan kehadiran semua murid dan guru pada hari tersebut akan direkodkan. Murid dibenarkan balik selepas jam 12.30 tengahari dan pihak sekolah hendaklah merancang aktiviti untuk memenuhi masa persekolahan tersebut.

Maklumat berkaitan cuti gantian akan dimaklumkan pada Majlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan di Taiping atau akan diselaraskan oleh Unit Perhubungan Jabatan Pelajaran Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...