word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Monday, October 31, 2011

Jamuan Kelab Staff SMART 2011

Jamuan Akhir Tahun Kelab Staff SMART 2011 telah diadakan pada 19 Oktober 2011 bertempat di Restoran Grandcourt City, Teluk Intan. Jamuan turut diadakan bagi meraikan rakan-rakan guru dan staf bukan guru yang berpindah ke sekolah lain dan juga tuan pengetua, En. Alimin bin Shukor yang akan berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji pada 24 Oktober 2011. Namun begitu terdapat beberapa orang guru yang tidak dapat bersama kerana menghadiri kursus, cuti sakit, bersalin & sebagainya.


Ustazah Noreha (kiri) dan cikgu Roshaimmi (kanan) menerima cenderahati daripada tuan pengetua. Ustazah Noreha berpindah tugas ke SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, manakala Cikgu Roshaimmi berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah.


Pn Norlela (kiri) berpindah tugas ke SMK Convent Teluk Intan, manakala Pn. Thelagawathy (kanan) berpindah ke SJK(T) Ladang Sussex.


En. Shahul Hamid, pengerusi kelab Staff 2011 mengambil hidangan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...