Pada 29.10.2012 (Isnin) juga telah berlangsung sesi ceramah 'Bahaya Ajaran Sesat' oleh dua orang pegawai daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Majlis tersebut diadakan di Bilik Gerakan SMART yang diikuti oleh pelajar tingkatan 1 dan 4. Dalam ceramah tersebut para pelajar didedahkan tentang bahaya ajaran sesat yang mengancam akidah umat Islam kini. Justeru kita semua perlu mendalami ilmu agama agar tidak mudah terjebak dengan bahaya tersebut.
 |
Salah seorang pegawai JAIP sedang menyampaikan ceramah tentang bahaya ajaran sesat. |
 |
Antara pelajar perempuan yang mengikuti ceramah tersebut. |