Pada hari ini, Isnin 29.10.2012, telah berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah yang di ikuti oleh pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 3. Kursus yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan telah dikendalikan oleh al Fadhil Ustaz Fatah. Pelajar diberi penerangan dan demo tentang menguruskan jenazah sejak dari awal sehingga jenazah dikebumikan. Seorang pelajar telah terpilih menjadi model jenazah untuk demo memandikan jenazah. Semoga kursus yang dianjurkan ini dapat menambah ilmu dan memberikan pengalaman berguna kepada semua pelajar yang mengikutinya.
al Fadhil Ustaz Fatah menunjukkan cara-cara penyediaan kain kapan untuk jenazah. |
Demo memandikan jenazah. |
Praktikal solat jenazah oleh pelajar lelaki. |
Pelajar perempuan turut mengikuti praktikal solat jenazah. |
En. Ikhwandi b. Taha (P.K.HEM) SMART menyampaikan cenderahati kepada al Fadhil Ustaz Fatah. |