word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Wednesday, April 24, 2013

Majlis Perasmian Penutupan Bulan Dakwah SMART 2013

Majlis dilangsungkan di dewan SMART pada hari Rabu; 24.04.2013 bermula jam 2.45 petang. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Pn. Zabidah bt Omar; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMART yang baru, menggantikan En. Ikhwandi bin Taha yang berpindah tugas ke SMK Seri Setia. Dalam majlis tersebut, semua aktiviti berkaitan Bulan Dakwah dipaparkan kepada semua murid dan guru SMART melalui tayangan slaid. Antara aktiviti yang berjaya dijalankan ialah pertandingan puzzle AsmaUl Husna, pertandingan melukis poster dan kain rentang serta pertandingan ICT dakwah. Johan keseluruhan bagi pertandingan tersebut ialah pasukan Puteri Islam. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah bersama-sama menjayakan program tersebut dengan harapan semoga semua aktiviti yang dirancang mendatangkan kesedaran kepada setiap insan untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Ucapan terima kasih juga kepada Unit MAKDIS SMART dan Unit Kokurikulum SMART yang telah menganjurkan program seumpama ini.


Antara hasil karya murid yang dipaparkan.
Tayangan multimedia aktiviti sepanjang program bulan dakwah SMART 2013.
Ustaz Za'aimuddin Hussain, Setiausaha MAKDIS SMART membentangkan program yang telah dijalankan dan mengumumkan nama-nama pemenang pertandingan.
Pn. Zabidah bt Omar, Pen. Kanan H.E.M SMART menyampaikan ucapan  dan merasmikan majlis.

Johan pertandingan nasyid daripada pasukan pengakap SMART yang diketuai oleh Saudara Asrul Azlan.
Johan pertandingan ICT dakwah, Saudari Fatin Ahmed Supian daripada Pasukan Puteri Islam.
Saudari Nur Yatimah,johan bagi pertandingan melukis poster.

Johan keseluruhan dimenangi oleh Pasukan Puteri Islam SMART.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...