Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengetua SMART, Tn. Hj. Mohamed Shafie bin Abd. Karim, PPT., pada hari Isnin, 22 April 2013 di Dewan SMART. Program mentor mentee
merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan
seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja
menitikberatkan individu ( mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi
juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran
lain seperti membuat keputusan, menghadapi
masalah atau mengatasi tekanan.