word 2

Program Transformasi Sekolah (TS25) : "Ke Arah Merealisasikan Kemenjadian Murid"

word 1

Selamat Menjalani Pembelajaran Bersemuka kepada semua warga SMART

Tuesday, July 30, 2013

Pentaksiran Kompetensi & Pentaksiran Literasi Sains dan Matematik

Suatu mock test yang dinamakan Pentaksiran Kompetensi Sains dan Matematik untuk semua murid Tingkatan 1 dan Pentaksiran Literasi Sains dan Matematik untuk Tingkatan 2 telah dijalankan pagi tadi sebagai satu langkah yang diambil KPM bagi mendedahkan dan membiasakan murid dengan bentuk dan jenis soalan dalam TIMSS dan PISA, satu pengukuran kompetensi murid dalam Sains dan Matematik di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan bagi meletakkan kualiti pendidikan negara dalam kedudukan 1/3 teratas dunia menjelang 2025.
En Azmin bin Shamsuddin (PPPD Kurikulum Sains & Matematik ) dan En Zam Ma'mor bin Misran (PPPD Sains & Matematik SR) dari Pejabat PPD Hilir Perak turut hadir untuk pemantauan di semua kelas Tingkatan 1 dan 2.





Friday, July 26, 2013

Selamat menyambut Hari Nuzul al Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Tuesday, July 23, 2013

Program Ihya' Ramadhan 2013

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) SMART yang dipimpin oleh Ustaz Za'aimuddin Husain telah, sedang dan akan melaksanakan beberapa siri program pengisian sempena bulan yang mulia dan penuh berkat ini, iaitu bulan Ramadhan. Antara program yang diatur ialah Tazkirah pagi yang disampaikan pada setiap hari semasa perhimpunan pelajar, Tadarus Al Quran oleh pelajar asrama, bukan asrama & guru-guru, Solat taraweh bagi pelajar asrama, Solat Sunat Dhuha & Tazkirah pada waktu rehat di surau, edaran Risalah Ramadhan, Kuiz Ramadhan, Iftar Jamaei bersama Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak dan akhir sekali penyampaian sumbangan kepada pelajar miskin pada Majlis Penutup yang akan diadakan pada 2 Ogos 2013 di Dewan SMART. Oleh itu diharapkan agar semua warga SMART mengambil kesempatan sepenuhnya sempena bulan yang barakah untuk menambahkan amal kebaikan masing-masing menerusi program yang telah diatur. 

Wednesday, July 10, 2013

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa& Guru SMART 2013

Majlis di atas telah pun selesai dijalankan pada pagi tadi dan mendapat sambutan yang baik daripada para ibu bapa yang hadir. Majlis di mulakan dengan Ceramah Ihya' Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Aminuddin bin Khalit yang berkisar tentang ibadah puasa dan juga peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Setelah itu diadakan pula sesi dialog bersama ibu bapa dan guru kelas tingkatan 3, 4 dan 5. Manakala bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 pula diadakan sesi dialog bersama Penolong Kanan Pentadbiran SMART, En. Maznoh bin Lemon di Dewan Makan Asrama.   Antara perkara yang disampaikan ialah berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada murid-murid tingkatan 1 dan 2 pada tahun ini.
Ceramah Ihya' Ramadhan oleh Ustaz Aminuddin bin Khalit.

Sesi dialog ibu pelajar bersama guru kelas anaknya bagi membincangkan  prestasi akademik sianak.





Sesi dialog P.K. Pentadbiran SMART, En.Maznoh bin Lemon bersama ibu bapa dan murid-murid  tingkatan 1 dan 2.




Tuesday, July 9, 2013

Pertandingan Choral Speaking Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Sekali lagi SMART Teluk Intan menjadi tuan rumah kepada acara tahunan ini yang diadakan di Dewan SMART pada 22 Jun 2013 (Sabtu). Sebanyak 14 pasukan telah mengambil bahagian dan pertandingan kali ini memang sengit kerana setiap kumpulan telah menunjukkan peningkatan masing-masing berbanding penyertaan mereka pada tahun-tahun lepas. Dalam pertandingan ini, SMK Convent Teluk Intan telah berjaya mempertahan kejuaraan mereka untuk kesekian kalinya dan tempat kedua disandang oleh pasukan dari SMK Dato' Sagor, Langkap, manakala SMJK San Min di tempat ketiga.
Barisan hakim.



Antara aksi oleh pasukan yang bertanding.






Pasukan Choral Speaking SMART 2013.

Perasmian oleh Pn Norshamsiah bt Hassan Basri, Penolong PPD Akademik/Kurikulum Bahasa.
Instruktor terbaik daripada pasukan SMK Convent Teluk Intan.
Johan Peringkat Daerah Hilir Perak 2013, SMK Convent Teluk Intan.
Tahniah & Syabas kepada pasukan yang telah berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...