Satu program membaca telah diadakan di Dewan SMART pada 28 hingga 30 Oktober 2013 yang lepas bermula jam 7.30 - 9.30 pagi. Program yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 dan 2 itu dikendalikan oleh Panitia Bahasa Melayu & Panitia Bahasa Inggeris, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah meringkaskan karangan dan menterjemah artikel bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.
Kandungan Blog
word 2
word 1
Wednesday, October 30, 2013
Saturday, October 26, 2013
KEM 1 MURID 1 SUKAN @ SMART 2013
Kem 1M 1S berlangsung selama 3 hari 2 malam,bermula pada hari Jumaat jam 3.00 petang di Dewan SMART. Aktiviti pertama yang telah pun selesai ialah aktiviti senamrobik dan kecergasan.
Thursday, October 24, 2013
JAMUAN KELAB STAF SMART
Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf SMART 2013 telah diadakan pada hari Rabu (23.10.2013) bertempat di Rest House Teluk Intan. Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusri, ucapan Pengerusi kelab Staff ; Ustaz Zaaimuddin dan ucapan Pengetua ; Tn Hj Mohamed Shafie b. Abd. Karim. Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian cenderamata kepada Staf yang telah berpindah; Pn Ivy Teh, staf yang menerima cahaya mata pertama semasa bertugas di SMART; Pn Norakmal, fasilitator untuk tuisyen pelajar elit PMR; guru-guru praktikum, dan staf-staf yang menyambut hari lahir sepanjang bulan Mei hingga September 2013.
![]() |
Pn Ivy Teh menerima cenderamata dari tuan pengetua. |
![]() |
Ahli Jawatankuasa Kelab Staf SMART 2013 |
![]() |
Staf SMART 2013 |
![]() |
Guru-guru praktikum UPSI |
Wednesday, October 16, 2013
Permohonan Secara Online Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4 Sesi 2014

Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut ataupun terus ke laman permohonan klik url http://public.moe.gov.my
Manakala untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sekolah asrama penuh klik pautan http://www.moe.gov.my/my/asrama-penuh
Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan
- Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan
- Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 hanya boleh memohon SBP sahaja
- Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan
- Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat
- Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit
- Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan
- Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
- Murid sekolah kebangsaan sahaja
- Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
- Aktif dalam kokurikulum
- Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
- Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
- Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
- Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa
- Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
- Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
- Aktif dalam kokurikulum
Read more: http://www.infoharian.com/pendidikan/permohonan-sbp-2014-tingkatan-1-dan-4-online#ixzz2hqHn0AZh
Tuesday, October 15, 2013
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar. Sepatutnya hari raya korban lebih dirasai kemeriahan sambutannya berbanding hari raya puasa yang juga dipanggil Aidil Asghor iaitu hari raya kecil. Sesungguhnya Aidil Adha mengingatkan kita kepada Saiyidina Omar bin Al-Khattab yang memberikan ucapan beliau ; “Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidil Fitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang terakhir (Haji Wada’), maka ia disambut dengan Aidil Adha ”
Bulan Zulhijjah mempunyai kelebihan tersendiri di mana al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah, ibadat korban dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat secara serentak pada bulan-bulan lain. Rasulullah s.a.w sendiri begitu gemar untuk berpuasa sunat pada 9 awal bulan Zulhijjah terutama pada hari Arafah. Kita juga disunatkan untuk bertakbir bermula dari waktu subuh hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah yang menunjukkan bagaimana besarnya kelebihan dan sambutan hari raya korban berbanding hari raya puasa tetapi kita di sebelah Asia Tenggara adalah sebaliknya di mana lebih meriah menyambut Aidil Fitri daripada Aidil Adha. Ketika kemeriahan menyambut Aidil Adha marilah kita sama-sama menghayati isi penting yang pernah disampaikan oleh junjungan besar nabi Muhamamd s.a.w dalam khutbah haji wada’ atau perpisahan antaranya [1] pengharaman riba yang menindas manusia di mana Islam sentiasa menanamkan kasih sayang dalam setiap aspek kehidupan agar tidak wujudnya sikap suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Riba telah menghancurkan ekonomi dunia dan membawa kepada penderitaan seperti keganasan terhadap peminjam sehingga ada yang dibunuh dan tidak kurang yang membunuh diri sendiri.
Takutilah amaran Allah melalui ayat 278 -279 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Wednesday, October 2, 2013
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Surah Yaasin Untuk Calon PMR & SPM 2013
Majlis telah disempurnakan pada hari Jumaat, 20.9.2013 bertempat di Surau SMART. Majlis turut disertai oleh para ibu dan bapa pelajar SMART yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini.Majlis diadakan bertujuan untuk memohon kepada Allah swt agar para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut berjaya dengan cemerlang.
![]() |
Antara kaum bapa yang hadir. |
![]() |
Tuan Pengetua SMART, Tn. HJ. Mohamed Shafie sedang menyampaikan pesanan terakhir kepada calon-calon dan ibu bapa pelajar. |
![]() |
Antara para ibu yang hadir. |
Friday, September 27, 2013
Ujian Kompetensi ICT Untuk Semua Guru dan Pentadbir
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan Ujian Kompetensi ICT secara dalam talian pada ketetapan berikut :
Tarikh / Masa : 27 September 2013 (Jumaat) dan berakhir pada
2 Oktober 2013.
2 Oktober 2013.
Boleh akses 24 jam di pautan : http://ict-kpm.azurewebsites.net
(Hanya menggunakan kad pengenalan sebagai id )
Pengetua akan memantau status guru yang telah menjawab (selesai semua 30 soalan),belum selesai menjawab (belum habis 30 soalan) dan belum mula menjawab ujian tersebut (langsung tidak menjawab) di peringkat sekolah masing-masing berdasarkan modul laporan yang
disediakan dalam sistem yang sama.
Pentadbir dan guru-guru diminta tidak menunggu hingga saat-saat akhir untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sekian, terima kasih.
Paparan 'Front Page' Ujian.
Subscribe to:
Posts (Atom)